Perihal Chinook (baka anjing)

Penampilan

Dengan ketinggian 21–27 inci (53–69 cm) pada paras kelasa dan berat 45–90 paun (20–41 kg), chinook adalah seimbang dan berotot. Piawaian baka United Kennel Club (UKC)[1] menyatakan, "Pewarnaan unggul bermula daripada warna madu muda hingga emas kemerah-merahan. Tanda-tanda hitam di sudut dalam pada mata lebih diutamakan. Tanda coklat gelap hingga hitam pada telinga dan muncung. lebih disukai. Bulu pelindung pada ekor mungkin hitam. Tiada tanda-tanda putih yang diizinkan. Tanda-tanda kuning pucat pada pipi, muncung, tekak, dada, punggung, jari kaki, dan sisi bawah dapat diterima." Piawaian UKC menyalahkan mana-mana warna selain kuning keperang-perangan dan menyingkirkan kebalaran. Piawaian cadangan lain menyatakan bahawa lapis bulu ganda sederhana panjang berwarna "kuning keperang-perangan", dengan cahaya warna lebih gelap pada muncung dan telinga; anjing putih tidak diizinkan, begitu juga warna lain. Matanya berwarna perang hingga ambar. Pembawaan telinga berbeza-beza, tetapi telinga labuh lebih diutamakan dan kepalanya lebih berbentuk segi empat tepat berbanding dengan baka anjing tarikan kereta luncur salji lain. Ekornya ialah lengkungan cukup berbulu dan bukan jumbai biasa pada baka-baka Artik.

Perangai

Chinook ialah teman keluarga yang penyayang dan suka bermain dengan pengabdian khas terhadap kanak-kanak. Ia merupakan pekerja berkesanggupan yang tidak sabar-sabar untuk menggembirakan dan bersemangat untuk belajar. Chinook sangat boleh dilatih, boleh menyesuaikan diri, dan berkebolehan serba guna. Sebagai anjing yang suka berkawan dengan anjing lain, chinook bekerja dengan baik dalam pasukan dan dalam kawanan keluarga. Chinook ialah anjing bermaruah; sesetengah mungkin menyendiri terhadap orang asing tetapi tidak patut sama sekali kelihatan malu atau agresif.

Rujukan

WikiPedia: Chinook (baka anjing) http://www.chinookclubofamerica.org/ http://www.chinook.org/ https://curlie.org//Recreation/Pets/Dogs/Breeds/Sp... https://www.ukcdogs.com/chinook https://books.google.com/books?id=94k1mKRcYd0C&pg=... https://books.google.com/books?id=io270OahEdMC&pg=... https://books.google.com/books?id=Z0oPug6xaOgC&pg=... http://www.akc.org/breeds/chinook/did_you_know.cfm http://www.akc.org/breeds/chinook/history.cfm http://newsfeed.time.com/2013/01/12/american-kenne...